Tuesday, April 17, 2012

rindu kehidupan time hostel okeh.

Assalamualaikum :)

semenjak dua tiga hari ni aku tak tau la nak gambarkan perasaan aku macammana. kejap rasa macam nak meloncat gembira kejap nak bergolek-golek, kejap rasa macam nak naik hangin, kejap rasa macam rindu tapi tak tahu nak rindu dekat sape. berapa banyak 'kejap rasa' aku an.



dah duduk rumah sebab cuti semester dua bulan ni mulalah macam-macam aktiviti yang terfikir dalam kepala tapi nak dilaksanakan tu yang payah bebeno.macam best la main game The Sims Social dekat facebook tu walaupun kadang-kadang terase diri macam entah apa-apa sebab aku tak berapa nak paham apa motif sebenar game tu.tapi dalam pada masa yang sama tetap jugak nak main. padahal avatar dalam tu macam ape entah tidur pon tak sampai 1 minit. tak logik langsung. pfftt . 


mengaku rindu masa-masa di sekolah menengah. tadika pun aku rindu apatah lagi sekolah menengah.(ecehh..lebih-lebih pulak).serius la sangat rindu dengan SMKA Simpang Lima.yeah dulu aku duduk hostel.lima tahun duduk hostel.masa mula-mula tu rasa macam benci dan memberontak juga tertanya-tanya dengan diri sendiri

"kenapa mama dengan ayah hantar Ain kat asrama.dah tak sayang Ain la tu"
(macam apa-apa entah fikir macamni)



time sekolah rendah dahla kene paksa belajar.belajar.balik sekolah kebangsaan buat latihan maths.balik sekolah agama pukul 6 petang buat latihan maths.tak cukup dengan buku latihan yang dibeli dari kedai-kedai buku. Mama create soalan sendiri untuk aku buat.dan dulu markah maths aku tak pernah tak dapat markah tertinggi.setimpal la dengan 'paksaan' tu an. haha. dah nampak kan sebab utama aku tak berapa suka dengan maths dan nombor sekarang. haaaa. rasa macam loya pun ada.ngeee.

disebabkan keputusan UPSR aku yang cemerlang aku telah dimasukkan ke smka simpang lima ni.sekolah ni antara sekolah yang cemerlang dan berkumpulnya dak-dak pandai.(sebenarnya sekolah dekat mana-mana pun sama je. cuma kita yang create kecemerlangan untuk diri sendiri)duduk hostel.memang banyak kenangan manis dekat sekolah ni.walaupun dulu aku memang tak nak masuk dan memberontak tak nak masuk sekolah ni.

disebabkan sifat kemalasan tiba-tiba menerjah ke atas diri ini sekarang dan tak de kerje nak cerita banyak kali dan ulang cerita yang sama. hikhikhik (perluke gelak macamni $%$&)

lenguh la tangan macamni....Fine. gambar tak ada kena -mengena dengan entry =00=


klik sini nak tau cerita tentang ------->usha pak cik dewan makan <------klik sebelah
dan di sini--------> hostel life

p/s : entry hostel life dengan pak cik dewan makan tu dah lama. time gedik-gedik nak tambah 'w' kat belakang tulisan dan time gedik nak guna shortform.tak sangka ye dulu aku pun tergolong dalam golongan yang suka tambah'wwwww' kat belakang. wkwkwkwk.so korang akan rasa annoying sikit . haaa. jangan risau aku pun rasa annoying jugak bila baca balik. ^_^

No comments: