Wednesday, April 4, 2012

cerite time exam hari tu

Assalamualaikum 

you know what, I tengah rajin nak update blog ni. nak bergurau senda dekat rumah ni tak ada siapa siapa yang nak jadi mangsa. since my younger sister tak balik sekolah lagi and my younger brother  baru pergi sekolah tadi. sorang-sorang je la meniti hari. aicehh ayat ! 

yesterday sedang  I online facebook yang sangat TIDAK melekakan dan sangat TIDAK membuang masa tu *rolling eyes* ade sorang kawan I hantar invitation yang menyatakan bahawa 27/4 ini akan keluarnya result final examination yang baharu sahaja selesai.time tengok tu mulut memang dah ternganga tak payah cerite aaa. apa yang ada dalam fikiran hanya satu sahaja time tu "mak datuk nenek awal gila result ni nak keluar!"  berkata-kata dalam bisikan supaya my mum tak dapat nak find out tarikh result keluar. hee. dan I tau my friends yang bersama-sama meniti final exam baru-baru ni pun akan cakap benda yang sama .

semester ni  UiTM sangat baik hati dengan memberi masa selama dua bulan kepada pelajar - pelajarnya bagi cuti semester. macammana nak face lagi sebulan tu. frankly speaking , I rasa result semester ni macam %^&&*(. aku hanya mampu bertawakal sebab aku dah berusaha dengan semampunya. 

macam apa yang aku kata awal semester tadi , subject semester ni memang nak membunuh .walau sekuat mana aku study  tak pernahlah  sampai kepala aku terasa berat dan sampai migrain aku datang sebab terlalu tension . in addition , aku demam. tapi i pretend macam tak demam. so , ianya hilang serta merta. menggedik sangat.

walaupun hanya ada 6 subject tapi semua hanyalah membaca. fakta yang perlu diingat sampai nak termuntah. lagi-lagi paper law. ok fine. aku mengaku aku menangis selepas habis jawab paper law.

balik dari exam hall i feel like i am a very stupid person sebab ada satu soalan tu yang  tak habis jawab. untuk pengetahuan paper law ni kena buat essay. satu essay mesti kena buat sampai satu setengah muka surat paling kurang.walaupun hanya jawab tiga soalan tetapi dalam tiga soalan tu setiap soalan ada anak-anak dan cucu-cucunya. satu anak dah kena tulis satu setengah muka surat. dapat bayangkan tak kalau dia bagi tiga anak. all of you can imagine that. erghh. krem la jari menulis.

selama I jawab exam seumur hidup  ,tak pernah lagi rasa tangan dan kaki menggeletar.lepastu mata merah  nak menangis. this is first time in my life. Although buat presentation kat depan denga profesor Halim yang all of you mesti dapat bayangkan bila I gunakan profesor kat pangkal nama. memang cerewet.tapi cerewetnya cerewet yang bagus.okeh aku akan cerita tentang pengalaman yg telah dilalui sepanjang menyiapkan task prof Halim ni di entry yang lain.almaklumlah tengah rajin .PANG. sambung ye.itu pun tak pernah gementar sebegitu teruk. Soalan semester ni memang rata-ratanya susah.susah.susah. 

rasa sangat takut nak check result. sekarang hanya mampu bertawakal supaya Allah memberi rezeki. aku akan terima segalanya. anggap agar ianya adalah ujian dari Allah untuk aku sentiasa berusaha dan terus berusaha dengan lebih gigih lagi jika result aku tak berapa nak perfomed semester ni. 

tak dapat nak tunjuk gambar time exam ni sebab memang tak snap gambar langsung ! acting like semua budget nak focus study la ni. ehemm.

p/s: serius aku memang betul-betul pening ditambah dengan muntah time gap paper law. tetapi disebabkan aku tak makan apa-apa sehari dan perut aku kosong hanya keluar angin sahaja. 

p/s/s : bila duduk ramai-ramai bersembang bagaikan di kopitiam and gossip girl*bunyi berbisik macam kat gosip girl tu*terkeluar la cerita yang masing-masing bergaduh dengan boyfriend time gap paper law ni. nak tergelak je bila dengar semuanya sama.nak bagi tips sikit . baca kat bawah ni .*suara berbisik lagi*

kepada siapa-siapa yang ada gerprenzz *jadah letak 'z' kat belakang.rolling eyes* yang ambik kos undang-undang juga ambik subjek undang-undang. silalah jangan call mereka time gap exam subject ini jika anda inginkan perhubungan yang berpanjangan. tapi jika mahukan sebaliknya kacau lah mereka time ni. cepat sikit nak clash .tettt . emosi memang tak boleh dikacau time ni. semua nak melenting. 

No comments: