Saturday, March 3, 2012

bersyukurlah dengan kehidupan

Assalamualaikum :)

yuhuu. dah lama tak hupdate blog kan. dah lama jugak aku privatekan blog ni. tak de info yang best pon . tak yah la tengok.hee. 

hari ni aku balik negeri sendiri untuk cuti study week.yes! dua bulan weh aku tak balik rumah. dah rindu tahap maksima ni. siyes.siyes. rindu bantal.tilam.bilik.tv.haa.apa jadah kan rindu barang-barang tu. mama,abah,adik-adik aku lagi la aku rindu. #cukup gedik tak. 

diri ini menaiki bas dari AG sentral .alah , stesen bus yang baru siap dan beroperasi kira-kira bulan oktober lepas tetapi minggu lepas aku dengar cerita, ia baru sahaja runtuh disebabkan banjir . tak tahu akan kebenaran yang sebenar.tadi aku pergi elok je.bumbung masih ada. entah siapa yang membawa gossip sebegitu. tak cukup dengan gosip politik yang semakin mambahang , stesen bus pon boleh jadi tajuk gosip harian. haihh. 


AG sentral ni ada WiFi tau. agak-agak kalau berukband korang lembap macam siput khinzir, bolehla datang ag sentral ni.laju weh. laju . siyes. #gaya mcm aku pernah buat kerje-kerje tu. haha# .sebenarnye tak nak cerita pasal ag sentral tapi aku nak kongsi cerita tentang klang sentral. hah. hari ni aku ajar sejarah ye..sejarah stesen bas. harap maklum. ngee. 

tadi aku ada nampak seorang mak cik ni. dia menjadi tukang sapu di sana. bila aku tengok aku sangat kasihan sebab keadaan diri dia yang tempang. tetapi sanggup mencari rezeki demi sesuap nasi. air mata aku bagaikan ingin menitis time tu. siyes.tua-tua macamtu masih lagi bekerja . kemana perginya anak-anak.sepatutnya dalam keadaan begitu mak cik tu seharusnya duduk di rumah.

kita sebagai anak muda haruslah buka mata luas-luas. lihat kembali pengorbanan ibu dan ayah. hendakkah kamu apabila ibu dan ayah telah tua pun masih lagi terpaksa bekerja . jadi , kita haruslah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anak di masa muda ini supaya belajar dengan bersungguh - sungguh. 

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.”  — Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004 
thnks for reading this entry .

2 comments:

missy-eva said...

ain semoga bjaya final exam :)

nurennurain said...

thnks. kamu juga iman bieyha :)