Thursday, January 5, 2012

tak sweet mane pon.

Assalamualaikum:)

ade someting yang telah berlaku tadi petang.dialog from my friends.so sweet Ain. yes.dia sangat sesuai dengan ko.muka pon not bad. handsome lagi. pffttt . #kira kawan aku ni nak cakap sepadan sangat sebab cun dengan handsome.hahahaha..ok. guraw. sila muntah sekarang.kehkeh.perenggan pertama lagi dah buatkan nak muntah. aishh.

ceritanya bermula begini.dalam kesedapanku menikmati makan tengahhari di sebuah cafe .tiba-tiba datang angin yang kuat yang telah menyebabkan paper-paperku  terbang . tak expect yang paper-paper tu nak terbang kena tiup angin. dah jadi 'drama' dekat cafe petang tadi. dan yg paling tak expect lagi bila ada 'someone ' yang sanggup kutipkan paper tu. ok.dah semua orang dekat cafe tu nak pandang kejadian tu.

memang  rasa diri ini kejam.terima kasih pon tak ada.orang tu punyer tersenyum-senyum tapi diri ini macam orang tak ada perasaan.ambik paper dari tangan dia terus sambung makan.my friend sorang tu punyalah bising.lepasni so sweet je lah yang akan didengar dari mulut dia. aishh. 

dia punya lah bising cakap macam dekat novel la. macam dekat drama tv la.terlebih baca novel ni.hehe.sebenarnya masih malu lagi sebab kejadian tu menjadi tontonan ramai.harap orang tak ingatla siapa 'pelakon-pelakon drama yang tak berapa nak drama sangat tu".uhukkk.

Insyaallah hati ni tak akan terpikat langsung dengan 'orang' tu. walaupon ianya kira sweet jugak lah. haha.ee. gelinya. apa sweet sweet ni. dulu memang teringin nak kejadian yang bila buku jatuh ada someone yang tolong kutipkan.zaman budak-budak biasalah suka berangan.kira macam sweet sangat bila terjadinya kejadian tu dekat diri sendiri. bila ianya memang berlaku to me petang tadi. ermm.tak sweet mana pon.habislah kena 'bahan' lepasni.

 okbai.

thnks for reading this entry . 

2 comments:

~;:gyiem wave:;~ said...

hahaha..klaka la ko ain..btw..it's really sweet as cite novel..haha **terpengaruh jugak ak**

nurennurain said...

weh. haha. x sweet. x sweet. kihkih.