Sunday, January 1, 2012

ini bukan entry azam baru

 Assalamualaikum :) 

dengan tertulisnya entry ini maka dengan rasminya tahun 2012 telah bermula.yuhuuuuuuuu*bunyi nak menggedik.*seperti tittle yang tertulis di atas. ini bukanlah entry memperagakan azam baru. aicehh. apa azam baru aku ? kalo aku tulis kat sini mesti semua nak gelak. ok. tak payah. simpan dalam perasaan ja.

baru lepas cuti seminggu. aktiviti utama aku kat rumah. macam biasalah kalau dah budak-budak sekolah ni nak bukak sekolah. ape lagi. kite yang beso ni kena jadi mangsa balut buku teks adik-adik. tulis nama kat buku teks ataupon buku tulis diorang. bila aku suruh adik aku tu tulis sendiri dia kata tak nak sebab tulisan aku lagi cantik. kembang sekejap. tulisan aku cantik jugak yee. haha.

zaman aku dulu-dulu sampai la aku dok masuk darjah enam mama aku yang tolong balutkan buku . tuliskan nama kat buku teks. streka baju.ahh. sampailah aku dapat masuk hostel time form 1 aku kena buat semua kerja sendiri. basuh baju. streka baju.kapur kasut.sebab tu la time form 1 baju dan tudung juga kain sekolah aku selalu bertukar. sebab ape? haha. sebab kerapkali terbakar atau hangus dikerjakan oleh aku. haaa.

sebenarnya bukannya apa. kes yang mama aku yang tuliskan nama di buku teks time aku darjah 6 tu sebab aku rasa macam tulisan orang besar-besar ni macam sangat ohsem ! ohsem  sangat. haha. mugkin itu yang adik aku rasa sekarang dengan tulisan aku disebabkan itu jugalah dia selalu menyuruh kakak nya yang ohsem ini menulis namanya yang ohsem di buku teks yang ohsem kerana tulisan kakaknya ini sangat ohsem.HAHA.*orang batak memang selalu merahkan perkataan ohsem tu.ngeee.

yang pasal tudung terbakar tu pulak.ok.dulu-dulu time sekolah rendah yang aku tau bangun tido.mandi.breakfast.pergi sekolah.balik sekolah lunch kat rumah.lepastu pergi sekolah agama .balik sekolah agama dah pukul 6 lebih.(sembahyang kat sekolah).lepastu aku akan buat excercise maths .soalan di create sendiri oleh my mum.kalau tak buat memang aku cari nahas.lepastu pukul 7 petang mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas malam pukul 8 sampai pukul 10 malam.balik tu.aku kemaskan buku untuk jadual besok hari.sempatlah tengok samarinda setengah jam. pukul 11 aku dah tido.besok pagi pukul 4.30 pagi aku telah dikejutkan untuk  study dan siapkan kerja sekolah yang aku tak sempat nak habiskan dalam kelas.lepastu pulak time weekend sabtu dan ahad aku pergi tuisyen.bila kawan2 aku bercerita pasal rancangan tv aku akan melarikan diri sebab aku tak tau apa-apa tentang rancangan tv sebab aku tak sempat nak tengok.samarinda je la yang aku tau.ketinggalan zaman bukan ??? haishh.

bila aku ingat balik. aku dulu memang gila . eh. tensionnya aktiviti aku time sekolah rendah. serius.sekarang baru perasan. haaa.kalau time dulu aku ada satu perangai yang agak buruk.jangan jadi ikutan.kalau time sekolah rendah.ada someone yang potong kepandaian aku ja.aku akan bermusuh dalam diam dengan orang tu.balik rumah buku sentiasa dalam tangan.aku pulak selalu akan tengok markah exam orang tu dan bandingkan dengan paper aku.kenapa aku tak boleh jawab soalan tu dan kenapa dia boleh jawab soalan tu.dan aku akan cari kesalahan orang tu . sebab aku tak akan puas hati markah orang tu lagi tinggi dari aku.hee. teruk perangai.

lagi satu time aku sekolah rendah cikgu-cikgu akan selalu jadikan aku bank jawapan especially science.cikgu aku kata setiap jawapan yang keluar dari mulut aku adalah jawapan yang betul dan sama dengan skema jawapan. pfffttt.lagilah aku naik lemak kan. haishhh.akibatnya sekarang semua cikgu-cikgu sekolah rendah kenal aku dan adik perempuan aku pulak yang jadi tumpuan mereka.@##%%#&(.

patutnya tengok gambar bawah dulu.sebab ni masa aku darjah 3. kedudukan aku duduk.kiri sekali.eh.sejak darjah satu kedudukan aku tangkap gambar kelas tak pernah berubah.hahaha. apakah ???!! . 

kualiti gambar tak berapa nak best.ni time aku darjah satu.mesti tak jumpa aku kan.hee.tak pa. aku baik hati. aku bagitau..yang duduk depan dan sebelah tangan kiri korang sekarang.*paham ke mksud aku..*

tapi sekarang aku memang dah berubah .perangai aku yang tak puas hati tu dah tak ada dalam diri. aku dah tak macam dulu.naik sekolah menengah aku totally berubah. sekeliling aku memang ramai lagi yang hebat-hebat.pandai-pandai.Smka simpang lima.sebuah sekolah yang sangat gah di daerah sabak bernam. dekat sini aku belajar macam-macam.tentang nilai kehidupan dan sekarang umur aku dah masuk 20 tahun. sudah menjadi seorang mahasiswi.yang penting telah masuk ke alam 20-an.ohmygoshh.

 p/s: saya berharap agar semua azam tahun ni akan tercapai.sepenuhnya.sepenuhnya.
p/s/s : popular kan yang bernamakan azam di awal tahun ni. ok. bolehla aku KIV untuk nama bakal anak aku nanti.*gatai..haishh. tapi ianya sekadar rancangan masa hadapan.weekkk.gelinya. 
p/s/s/s:besok nak keluar masjid tanah. @___@

2 comments:

AzAh... said...

selamat tahun baru...:)

nurennurain said...

azah:selamat tahun baru. selamat masok 20 -an. :)