Tuesday, December 6, 2011

umurku telah meningkat .


hari ini genapnya umur aku ** tahun . hehe .aku sangat berterima kasih kepada rakan-rakan aku yg ingat tarikh penting ni  althought aku dah deactive kan facebook aku selama beberapa minggu . tapi malam tadi bertubi-tubi mesej dan panggilan telefon aku terima dari mereka. miss all of u so much much much la !. aku terharu sangat sehingga tidak semena-mena tanpa aku sedar aku menitiskan air mataku . serius. ni memang terharu sangat. malam tadi pun kena PRANK kan. dah putih dah macam nenek umur 90 tahun dah aku tegok muka aku dngan rambut yg penuh dengan bedaknya. amboii. boleh main2 bedak pulak. haha. mantap betul lakonan korang.hidung , mulut semua merasa bedak johnson baby tu. ok. rasanya tak pahit . tapi tak manis dan tak masam malahan tidak juga masin.hahahaha. aku tak tau la nak bayangkan rasa bedak itu. kemain korg . thnks u all. 

officially wish u Happy Birthday , all the best in everythings you do, may ALLAH bless you take a very good care of yourself, especially your iman

aku sangat tertarik dengan ucapan rakan aku sorang ni. aku harap dengan meningkatnya umur aku ni , aku akan dapat meningkat imanku ke tingkat yang lebih tinggi.Insyaallah. semakin meningkat umur kita bermakna semakin dekat kita dengan 'ajal'.

banyak tanggungjawab yang aku kena pegang, tanggungjawab sebagai seorang anak , seorang pelajar. seorang hamba di muka bumi Allah ini. sepanjang 19 tahun aku hidup banyak dugaan dan cabaran yang telah aku hadapi. walaupun kadang-kadang aku sendiri merasa tidak mampu menghadapi semua itu, tetapi Allah tidak akan memberi dugaan kepada hambaNya yg tidak dapat menghadapi ujian itu. Alhamdulillah sekarang aku menjadi semakin kuat . kita kene ikhlaskan hati kita dengan apa sahaja yg kita lakukan supaya kita mendapat keredhoan dari-Nya. jangan menharapkan balasan dari apa yang telah kita lakukan. 

aku akan buat supaya orang lain selesa apabila berkawan dengan aku. dulu aku mengaku , aku seorang yang tak memikirkan perasaan orang lain. bila ada yg kata sayang la ape, aku tolak bulat-bulat tanpa memikirkan perasaan orang. aku jadikan orang tu musuh ketat aku tanpa memikirkan KARMA yg akan berlaku.terasa diri kejam.ok. tu cerita lame. tak perlu diungkit . kesian kepada beberapa org yg dh kena. maaf. 



aku macam dah tak percaya pada cinta manusia. ianya sangat menyakitkan. it make me cry. pintu hati aku semakin lama , menunjukkan tanda-tanda untuk ianya ditutup secara perlahan-lahan. its okay. ianya membuatkan aku bertambah dewasa. *dekat kepala otak aku sekarg sedng berfikir beribu macam cara untuk dapatkan 4 flat*aicehh.berlagaknye . haha. macammana orang bileh dapat 4 flat ar? serius jeles ! . 

aku harap , aku dapat menggembirakan mama , ayah , adik-adik, uncle, auntie, grandma, tok wan , kawan-kawan, bakal suami *ahaha dizzy. x de calon lagi*.dan semua orang. 

aku bukanlah seorang yg perfect . tapi aku akan berusaha untuk menjadi yg terbaik demi semua orang.

p/s: semalam telefon my gradma, ok. beliau telah bagi saye ceramah. siap suruh saya hafalkan doa penerang hati on the spot supaya dapat terima pelajaran dengan mudah. aku suka bercakap dengan family aku semasa aku berada dalam keadaan kecewa dan serabut, mereka memberikan semangat aku naik 100 percent! . thnks . love u all so much la. rindunye. bila nak balik cuti ni. hee. 

1 comment:

fany wany said...

selamat hari lahir :)