Friday, December 9, 2011

lepas filem ombak rindu , bicara hati pulak keluar drama.

tak caye ke bicara hati nak keluar drama.. buktinye kat bawah ni hah. ecee..padahal ramai yg dah tau kan . aku je yang lambat tau . tapi bukanlah filem , ianya adalah sebuah drama di astro . i think kalau nak ikut adaptasi novel ni , buat drama lagi better from movie , sebab , kalau buat movie macam ombak rindu tu , for sure banyak yang tak sama kerana terpaksa dipotong . sebab ape ? kekangan masa. ye la movie 2 jam je paling banyak pon . kalau drama paling kurang pon 1 bulan setengah . tak de lah mengubah keseluruhan cerite . 


bagi yang bukanlah pembaca novel ni , meh sini aku story sikit pasal bicara hati ni . ianya ditulis oleh novellis Damya Hanna . novel ni memang meletop macam ombak rindu hasil nukilan Fauziah Ashari tu . meh kite bace sinopsis sekejap. 

sinopsis bicara hati 
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak - hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?


agak2 nak lebih faham lagi , meh la klik video kat atas ni. 
selamat menonton .


p/s: weekend ni nak buat ape la.. macam bohsan .*padahal xsgmnt bertimbun . i miss someone . serius.

2 comments:

Adibah faizah said...

Pengarah dah tade idea nak wat filem.sume amik dari novel je :)

azah said...

ko miss spe?..ak ye?..hehe