Thursday, November 10, 2011

aktiviti time cuti sem .

wahh..akhirnya . lama aku tak bukak blog ni. ini serius. wa tak tipu sama lu la. dah beberapa minggu aku tinggalkan blog ni dan lagu yang sedap nyayian aku dlam blog ni.ok. silalah muntah sekarang.tidak lupa juga kepada piano dan drum kesayangan aku.. . apa khabar you all?*dah mula nak merapu*

tuptaptuptap.cuti semester aku dah nak habis. tinggal minggu depan je lagi.lepastu dah kene memeningkan kepala hotak dengan fakta yang pelbagai. ceh.otak aku baru nak rehat tawu. kacau laa . apa yang aku buat cuti semester ni? kerje? adalah..seminggu .

nak tau tak aku kerja ape? . haih.saya jaga baby. jngan tak percaye.hehe.bukanlah kerja.ni pertolongan ikhlas dari aku kepada auntie aku yang baru bersalin. dari UiTM Melaka dengan tak sempat sampai rumah lagi aku dah stay dulu dekat negeri Sembilan aka rumah auntie aku yg cun ni.*nak 50 sen. puji ni*.

aku just tolong apa yang patut je. masak..ok. aku yg masak.first day aku dengar yg aku kene masak , aku dah ketaq lutut..ketaq pinggang.semua nak ketaq baiii.. haha. ye la. aku mengaku aku mmg fail bab memasak ni. seawal umur aku 13 tahun , aku dah dihantar ke hostel oleh my mum n my dad , sampailah sekarang..kira dah hampir 6 tahun aku duduk hostel.kalau cuti pun bukan sempat nak belajar masak ke ape.kerja menimbun bagai nak rak. *alasan* . eh.tapi betul..cuti ciput 3 hari. dngan nak qada' tidur lagi.. mana cukup. haha. kantoi.

berfikirlah dahulu sebelum menghantar anak-anak anda ke asrama. aiceh. dah macam iklan wanita hari ini.kita sambung cerita ae.dekat mana kita tadi? memasak kan. hari first aku masak ayam masak merah.macam berlagak kan. padahal baru first time.goreng2 aku reti la.nak masak yang rumit ni aku fail wehh.tapi aku kuatkan semangat.*ceh.ayat tak boleh bla.silalah lempang.hah.*time tu rumah autie aku dah macam ada lelongan.bising tak payah cerita la. dari dapur aku siap terlolong lepas masuk kan ni , masukan bahan ape pulak. padahal auntie aku dah terangkan sebelumtu . first time aku terasa diri aku macam bongok.aduhh.

acctuly, time tu, dalam hotak aku yang geliga ni tengah fikirkan kesudahan ayam masak merah aku nanti.tu yg tak ambik perhatian bila 'cikgu' aku tu mngajar. haihh. *kanak-kanak sekalian , semasa guru mengajar kena tumpukan perhatian kepada guru yg mngajar ye.ingat tu*.last-last auntie aku yg masuk dapur dan guide aku satu persatu.kesian auntie aku tu. dahla org tu tengah pantang.haih.ain.ain.

time lunch..mata aku tak berkelip bila tengok semua orang sedang menikmatinya. haha. cuak pun ada. takut tak sedap. *acctuly, ada lagi lauk lain. tapi bab yang susah adalah ayam masak merah. rumit. *.nak tau apa rasanya..ok. kita sambung entry akan datang... hahaha.

pic x de kene mengene. ihsan google ni.

ok. gurau.kalau nak sambung entry akan datang , mmg tak akan tersambung. dah la aku ni malas nak update blog semenjak dua menjak ni.diorang kata sedap.hah.perasaan aku time tu memang macam bunga sakura yang memekar di Taman bunga..fuuhh.lepas satu hari. sebenarnya kan . kalau orang yg first memasak something yang mereka tak pernah masak ni , masakan mereka dikatakan lebih sedap daripada orang yang selalu memasak ni. sebab mereka mencurahkan segala keikhlasan mereka untuk buatkan masakan mereka itu 'menjadi'.cecece.*geli pulak bila bace balik.ayoo.abaikan.*

rasa terluir tak?..gambar ni aku google je.tak kuasa la nak edit gambar ayam masak merah. haihh.


kalau malam pulak , memang aku lah yang kena tidurkan baby auntie aku tu. alang-alang aku dah selalu tidur lambat.ni semua sebab exam haritu. pukul 3 a.m lebih tu aku memang segar-bugar.time tu jugaklah baby tu nak menagis. pandai pilih masa dik oii. susah nak jaga baby ni. aku nak nasihat la sikit . korang jangan sesekali menderhaka dengan ibu bapa masing-masing. masa kita kecil-kecik diorang jaga bagai nak rak. lagi-lagi yang suka menagis tengah malam tu. bersengkang mata mereka. balaslah jasa ibu bapa kamu. haih. dah besar-besar jangan nak menyusahkan ibu bapa masing-masing.aku pun mengigatkan diri aku sendiri.*cepat menyesal sekarang.nangis cepat!*

baru umur 7 tahun dah pandai text 'I Love U'.aishh. jangan.*henset sape la tu...*

seminggu aku dekat sana , macam-macam masakan yang aku dah belajar.*weh, aku dah pass.boleh kawen dah ni.hehe*. sebenarnya aku ditemankan oleh adik saudara aku jugak.umur dia 14 tahun.cun macam kakak saudara die yang sedang menulis entry ni.hehe.*perasan.mehla lempang sekali* die siap ponteng sekolah. hah. kantoi.rotan pelajar yang ponteng sekolah ni cikgu. haha.

frankly aku cakap, aku menangis masa nak tinggalkan auntie aku dekat rumah die.baru aku sedar yang aku ni ciwek jugak.haha.aku sepatutnya tinggal sebulan dekat sana. tapi atas sebab-sebab yang tertentu aku tak dapat buat begitu. sorry acik. kesian la. cari maid tak jumpa-jumpa.ingat senang nak cari maid sekarang. tak boleh sebarang angkut je. jenayah banyak sekarang.haih. masih lagi rasa bersalah.now, sangat rindu nak tengok keletah baby lelaki tu. aku buat swiitt , die pun nak buat swiitt tapi tak berbunyi.serius aku tak pernah jumpa baby yang baru berusia seminggu pandai buat swiitt.switt tu ape? alah.. yg kita buat mulut muncung lepastu berbunyi tu. aku tak tau namanya apa.korg layan je lah.. 

cuti selebihnya aku just duduk rumah. tapi sangat best sebab aku dapat keluar dengan kawan-kawan aku. yeah. memang riuh rendah je shopping complex tu dengan perangai masing-masing. i miss u all so much . . . ! makan Mcd pun sampai 2 jam. korang ade? haha. memang menikmati sungguh setiap gigitan kentang dan mc chicken tu.

kami rakan sejati selama-lamanya.


p/s: mood nak menulis tiba-tiba hilang. sangat risau.doakan family aku selamat dekat Makkah. aku baru terima berita yang sangat tidak menyenangkan pemikiran aku sekarang . aku tak ciwek. tapi aku tengah menagis sekarang. Kbai .







No comments: