Wednesday, November 23, 2011

perbuatan yg lagha harus ditinggalkan.

minggu ni semester baru dah mula, kira minggu ni lecture bnyak buat briefing je awal-awal ni .bincang pasal assesment tentang apa yg perlu student buat untuk subject mereka.report la, quiz la , test la , macam-macam lagi la yg bakal peningkan kepala hotak aku ni. 

subject yg buat aku tak senang duduk semester ni adalah LAW.padahal semua subject aku tak senang duduk.quite difficult for me. briefing tentang subject LAW ni memang buatkan semua student tak senang duduk. awal-awal kelas lagi lecture law ni dah cakap 15 orang bakal fail subject ni. briefing die memang gila-gila buat orang takut.sampai dia buat lawak pon student boleh tak perasan . mungkin sebab semua student takut.

semester ni aku tak boleh lagi buat benda-benda lagha , apa kejadah semua tu . biasalah la kan , kalau dah depan facebook , depan twitter , aku tak payah cakap mesti semua dah tau berejam-jam pon mampu.sebenarnya aku dah banyak kali rasanya baru dua kali  berhajat dan berniat nak delete si facebook ni.last-last login balik. benda-benda yang tak sepatutnya sebati dengan aku menggedik nak sebati dengan aku.benci la dengan twitter , facebook ni . lagha.lagha. 

macam semester lepas , time study week baru sebok nak study untuk final.ceett. korang jangan buat benda macam ni. dari 8 malam sampai 5 pagi aku stay up nak habiskan baca segala sillibus .itupun tanpa aku bercakap-cakap.cuma berenti nak pergi toilet , solat. besoknya 8 pagi dah kena siap-siap masuk exam hall . Alhamdulillah aku lepas semua subject.tapi menyesal jugak, sebab tidur semua terganggu.tak baik untuk kesihatan.

tapi semester ni , aku memang tak boleh buat benda-benda macam tu. semua pakat nak kena ingat fakta.kalau study last minit haram jadah semua fakta berterabur. last-last aku tak dapat beza mana satu fakta untuk subject lAW, mana satu fakta untuk BO , OM , BISCOMM segala subject yg macam ***** tu semua. (isikan tempat yg berstar dngn perkataan yg sesuai).

ni la remaja sekarang. hidup di depan komputer.lama-lama sakit tulang belakang tu.

agak-agak macammana nak minimumkan penggunaan laman soSIAL ni semua. memangla ianya kena datang dari hati yg tulus dan ikhlas , tapi.. hah! inilah die, sebab ada perkataan TAPI tu la semua benda tak jadi .sikit-sikit TAPI..betul dak ?.aku kalau dah on9 ni , lagi-lagi jumpa blog yang macam 1001 rahsia diri , 1001 tentang personaliti anda , blog yang cakap pasal cintan-cintun la *eeuwww*, lagi-lagi blog fesyen shawl  , tak mampu aku tak lawat blog-blog ni semua.

kadang-kadang kalau aku bukak fb ni , kalau bosan mulalah nak merenung timeline yang berjalan dekat sebelah kanan , tak pon aku stalk la sapa-sapa punya wall.wall Lisa Surihani pun aku boleh stalk . dan yang paling tak menahan stalk wall sendiri ! lepastu tergelak , tersenyum mengalahkan kambing bila tengok status sendiri yang lepas-lepas. haih. memang buang masa kan.alahh. kadang -kadang kita cakap je fb ni sekarang dah bosan , tapi tak logout jugak . benda ni berlaku dekat aku .

aku setuju sangattt dengan picture kat atas ni. 



moralnya di sini , mak ayah hantar U suruh belajar , bukan nak ber facebook semata. *aku sedang mengigatkan diri sendiri* . fikirlah untuk masa depan sendiri. menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna.

impikan nak jadi orang yang hebat ,
tapi kalau asyik buang masa dengan benda yg tak berfaedah,
macammana nak jadikan impian tu kenyataan.
so saddd laarhhh .






p/s: 16 jam untuk law x start lagi.! haih.. 

1 comment:

AzAh... said...

btol weyh..susah lorh mau logout