Friday, November 18, 2011

cinta @ cita-cita

agak-agak apa yang akan kita pilih ? cinta @ cita-cita . aku sure pasti ramai di luar sana yg akan berkata-kata , cita-cita itu penting . tetapi  adakah kita akan memilih cita-cita apabila kita telah mengenal cinta ? hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya . tetapi apa akan terjadi jika hati sendiri menderita kesakitan . adakah aktiviti untuk mencapai cita-cita itu akan berjalan dengan lancar apabila hati dan perasaan terganggu ? jawapanya pasti TIDAK .

bila sayang memang la I love u .. sayang la , baby la , tapi bila dah tak sayang ..i lap u ,baby pon dh jadi babi.


perempuan ni berhati lembut , mereka akan cepat terharu jika lelaki pandai memainkan peranan mereka. ayat sikit confirm terpikat . aku tak tipu , ini kenyataan. tapi dari apa yg aku nampak , kalau perempuan tu telah jatuh hati , senang sahaja untuk mereka (kaum adam) 'meninggalkan' wanita yang lemah ini. what the fish ! . aku cukup bengang dengan situasi ini. perempuan ni , kalau dah jatuh hati , memang mereka akan sayangkan lelaki itu seorang.perit untuk mereka melupakannya. *aku dh pecahkan rahsia perempuan*

lagi satu mereka akan menjadi fobia . fobia dngan semua lelaki. jika seorang lelaki telah berbuat salah , tetapi semua lelaki di dunia ini akan terkena sumpahan "lelaki semua sama!" . inilah yg akan terkeluar di bibir-bibir perempuan . mereka akan lebih memikirkan soal cita-cita kembali. 

sebab tu la perempuan semakin berlambak di institut pengajian tinggi.jika kamu semua seronok permainkan hati perempuan wahai kaum adam ,jangan salahkan perempuan jika suatu hari nanti , gaji perempuan lebih tinggi daripada lelaki. sebab apa ? sebab perangai 'penipu' kamu semua .



p/s : sekadar ingin berkongsi pemerhatian aku .tapi kan .hargai dan bersyukurlah bila telah mendapat orang yang diminati tu.jika sudah dapat tapi buat tak tahu,memang selamat jalan je la. kalau lepastu baru nak mnyesal memang padan dengan muka ! 




No comments: