Wednesday, October 5, 2011

review novel usah menangis sayang


aku dah bace sinopsis ni . agak tertarik. sedih. boeh la buatkan air mate aku terkeluar agaknye.novel ni ade ditangan aku sekarang . x bace lagi..cuti semester ni dari buat bende tak berfaedah baik aku bace novel ni.*bace novel bende berfaedah ke??*.faedah la jugak. dapat memberi senaman mata. kalau sedih menagis.kan senaman tu. hehe. 

jom terjah sinopsis novel ni :



Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

P/S: amacam ?terase tak kesedihan tu?? terase kan..

2 comments:

Ku Azhar said...

aiyookkk!! noveliss!!!

AIN said...

@KU AZHAR :tu je la kerje time bosan .*bnyak betul tande seru* haha