Sunday, May 8, 2011

SUAMI IDAMAN KALBU

terdesak? tak laku? sedih? kesunyian ? semua itu menjadi persoalan mengapa seseorang individu itu masih belom berpunya. bagi tuan punya badan pasti akan berkata
"jodohku belom sampai"
"bukan masanya lagi , sekarang adalah waktu belajar"

setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan oleh Maha Pencipta . ada mitos yang mengatakan bahawa mengapa seseorag itu masih belom bertemu dengan pasangannya.
TERLALU MEMILIH
memilih memang diharuskan bagi seseorang itu kerana pasangan itu nanti akan menjadi seorang suami @ isteri kita . *walaupon korang banyak kali couple tetapi korang mesti akan mencari calon suami @ isteri daripada 'makwe" @ "pakwe" korang tu*.mugkin ada yang pernah cintanya ditolak @ banyak kali menolak cinta seseorang . mengapa ini semua terjadi? adakah terlalu ingin mencari mr.perfect & miss.perfect di alam ini..jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri , tepuk dada .. tanya hati ..

 bagi pandangan ak yang berjantina 'HAWA' ini , tidaklah banyak kreteria-kreteria yang aku ambil berat ..aku pon ada juga ciri2 lelaki idaman yg dicari2..

1)seseorang yang tidak merokok.
sedangkan my dad pon tidak merokok takkan bakal "suami" aku nanti seorang yang merokok.

ingin bercerita sedikit tentang pengalaman yang pernak aku lalui. pada zaman dahulu kala..*ahaha..mcm cerita dogeng budak2 la* aku berjalan dan berjalan tiba2 aku ternampak seorang yang agak good looking .. memang dah jatuh minat dah..ehehe..*gelak gatal *kawan aku pon terjumpalah facebook die , terus lapor dekat aku ..time tu dh hantar friends request dah ..aku pon tengok lah sedikit gambar2 di situ. tiba2 ak terpana apabila melihat 1 gambarnya..dia memegang rokok sambil menhembuskan asapnya..oh no! time tu juga akU cancel friends request..aku cukup elergic dengan lelaki yg merokok ni..maaf semua..
*bukan mudah untuk aku minat seseorang , hati keras macam batu ni*

2) berani mengucapkan sesuatu

rata-rata kita ada mendengar tentang seseorang yang berkata
"kenapa aku ditolak..aku suka sangat dekat die..ape lagi yang die nak , aku dah cukup handsome dah " *nada perasan di situ *
pada kebiasaannya lelaki yang akan berkata-kata begini.mengapa???mengapa???mengapa??? dan mengapa????



walaupon rupa kamu sekacak dirly idol..*tapi kalo ak pkir 4 @ 5 kali dulu..hehe.*



nak tau mengapa . kerana berkemungkinan besar seseorang lelaki itu hanya pandai berkata-kata dibelakang @ passing suro kengkawan tolong sampaikan sahaja tidak pula berani untuk mengucapkan perkataan suka itu sendiri kepada perempuan yang disukai itu..bagi aku orang yang begini adalah seorang yang LOSER ! nak malu apa , tidak kesahlah apa reaksi gadis itu nanti yang penting mencuba. tidak salah mencuba.. BE GENTLEMAN ok..

3) seseorang yang tahu membaca Al-Quran
jika seseorang itu tahu membaca Al-Quran , maka sudah tentu dia seorang yang pandai menjaga agamanya seperti solatnya ..jika tidak tahu bagaimana untuk membaca Al-Quran ,sudah tentu mereka itu meninggalkan tuntutan agama yang wajib iaitu solat 5 waktu sehari semalam kerana di dalam solat itu terkandungnya bacaan ayat suci Al-Quran nur karim. kemudian pasti mereka seorang yang boleh mengemudikan keluarga pada suatu hari nanti .



4) sedap mata memandang
zaim ,  i pinjam gambar u sekejap

sila jangan tengok lama-lama..nanti aku naik hangin..ahahaha..ok tengok pic dekat atas ni ..sedap je mata memandang kan..beginilah yang menjadi idaman setiap gadis di luar sana . teringat tentang perbualan antara aku dan seorang sahabatku.

sahabatku : ain , kenapa semua orang nak yang handsome-handsome , cun-cun , cute-cute, cantik-cantik habis tu yang buruk-buruk tu sape yg nak?

aku : memanglah .. habis tu ko nak?

sahabatku : hahaha..aku pon tak nak.

aku : tau x pe..hehe
biasalah senario begitu , remaja zaman sekarang , rupa menjadi agenda utama di dalam pemilihan .sedangkan sifat & perangai yang santun & baik adalah yang paling utama.jika mempunyai rupa yang elok sekalipon , tetapi budi bahasa berada pada tahap "sifar" tiada gunanya . *menyampah lagi ada*. aku cukup elergik dengan orang yang macam ni.

bercakap soal sedap mata memandang tadi , ermm kita ingin hidup dengan seseorang itu bertahun - tahun & sehingga ke akhir hayat *cerai tu x ambik kire ar..*dia akan berada di sisi , senang cerite , hari -hari kita tengok die.so , mestilah nak tengok yang indah-indah kan.. sejuk sikit hati tu ..haha..

5)menghormati keluarga .
dewasa ini , acapkali kita mendengar tentang "nikah di Lombok". berita ini amat hebat diperkatakan di media massa sekarang . berita tentang penyesalan wanita-wanita yang sanggup lari bersama "pakwe" dan bernikah di lombok ! aku terfikir , adakah lelaki itu seorang yang baik jika dia sanggup membawa perempuan itu lari *mungkin dorang naik bot * di sini sebenarnya kita sudah ditunjukkan tentang keperibadian lelaki itu. itulah , manusia , kerana cinta , menjadi buta , bertindak mengikut perasaan , tidak mengikut akal yang pintar!! sudahnya , menyesal di kemudian hari . ish ish ish .

kita sudah dapat melihat bahawa pasangan mereka  tidak menghormati keluarga pasangan di sebelah perempuan . . membelakangkan keluarga . itu tidak patot terjadi . jika dia tidak boleh menghormati keluarga kita ..besar kemungkinan dia juga senang mencampak kita @ membuang @ tidak menghormati kita sebagai isteri nanti .



*ihsan google*

nampak keluarga bahagianya kan..

akhir kata , kita semua ada pilihan masing-masing tetapi jika terlalu ikutkan 100% seperti ciri-ciri suami idaman ni..memang agak payah la sedikit. aku menerima jodoh yang telah diciptakan untukku walau siapapun dia . .eceh ..x perlu risau jika anda masih tidak menemukan seseorang yang istimewa dalam hidup , ia pasti akan datang jua . percayalah janji Yang Maha Pencipta

perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik
jadi , jika ingin mempunyai seorang pasangan yang baik kita haruslah menjadi seorang yang baik jua. mari kita berubah dari "tidak berapa nak baik" kepada seseorang yang lebih baik .

SALAM SAYANG DARI NURENNURAIN




2 comments:

FizaFizz said...

InsyaAllah ko dapat nanti ain. Aminnn~ ;)

AIN said...

ahahaha...fiz! entry main2 je ni.