Friday, May 13, 2011

lisa surihani tolong aku dekat highway.!

halloooo..u all's..selamat pagi salam 1 Malaysia.hari ni kite straight to the point..x de corner-corner.x de sesi perasan sendiri.

acctually ak tau kat luar sana tu mesti ada yang pandai bawak kereta kan..mestilah ade! (sorry , loading sekejap ) sekarang pon kite tengok perempuan dah ramai yang drive kereta sendiri kan.yang agak2 kat jalan raya drive kereta perlahan , lembap sikit bawak kereta , n cam teragak-agak tu dah taw dah sape.mesti perempuan tu..ni bkn aku sorang yang  ckap, ramai yang cakap ni..

kebanyakan dari mereka ni tau bawak kereta je kan, tapi x taw cara nak tukar tayar kereta bile dah pancit , bocor , meletop , n sewaktu dengannya.kalo kat highway boleh la tahan lagi , boleh panggil plus .kire cam selamat sket .tapi kalo bkn kat highway camne..banyak kemungkinan yg akan berlaku terhadap diri anda..HAHA amacam? ada takut? ( sambil naikkan kening )

acctually bende ni pernah berlaku dekat aku. time tu dekat highway KLIA .hah, ni yg aku x puas hati . ape la sikap manusia ni.layakkah dipanggil manusia. ade ke patot pergi tabur paku dekat highway tu.sengal.saje nak menyusahkan orang la. kalo bernasib baik , x kene la kan. tapi kalo org yg nasibnye macam aku ni..asik pancit je tayar kereta.aku jumpe sape yg buat memang nak kene siat ni..*mood geram* dah 2 kali kot aku kene..

acctually bukan la aku, my uncle yg kene , hehe.ala, tapi kalo aku yg ada kat dalam kereta time tu , dah dikire aku yg terkene skali la kan. nasib baik uncle aku tu taw cara nak tukar tayar kereta. kalo aku emm , kirim salam je la . so , aku pon terpakse la menjadi model PAYUNG dekat highway tu . x taw camne nak tukar tayar . so , pegang payung je la kemampuan ak.

banyak kali jugak la aku ni nak terbang bersama payungku itu kerana kontena yang bawak sangat laju .mulut aku menyumpah-nyumpah je kontena ni.tapi mestilah bawak laju kan.dah nama pon highway . ape da .ok abaikan .

Langkah-langkah Bagaimana Hendak Menukar Tayar Yang Bocor (Bahagian Belakang)

Pemandu “hemat” harus memastikan keretanya ada:
i) Tayar ganti atau “spare”.
ii) Tayar ganti ada angin.
iii) Jack.
iv) Pembuka nut atau tayar.



NI LA JACK TU.AGAKNYELAH.



Yang terpenting ialah item nombor (i). Sebenarnya, keempat-empat penting. Tanpanya, proses penukaran tayar, tidak dapat di jalankan.

Usaha menukar tayar bocor di jalan-jalan biasa, di pekan, ke arah kampung mahupun sepanjang “highway”, adalah suatu tindakan bahaya sekali.

Demi mengurangkan bahaya, kereta anda harusnya mempunyai alat segi tiga kecemasan atau “kon”.Kecuali pemandu-pemandu komersial seperti van, bas, lori, serta treler, perkara di atas itu wajib ada. Kenderaan peribadi, kesemuanya tidak ada alat kecemasan atau kon. Sebenarnya, alat-alat ini amat penting bagi mencegah kemalangan.

Kursus 6 Jam, sepatutnya sudah mengajar bakal calon pemandu selok-belok cara-cara menukar tayar bocor. Tetapi malang sekali, tidak.Akhirnya, kebanyakan pemandu “jahil” tentang penukaran tayar bocor itu.

Artikal ini bertujuan mengajar pembaca-pembaca bagaimana hendak uruskan tukar tayar bocor.Menyedari salah sebiji daripada tayar belakang mengalami kebocoran, kurangkan had laju, jangan panik.
Langkah-langkah menukar tayar bocor bahagian belakang
1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.
2) Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.
3) Cari bahu jalan yang rata.
Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.kalau tiba-tiba kereta tu jalan sendiri , dengan korang -korang jalan . baik jangan .
Seterusnya:
1) Keluarkan tayar ganti.
2) Keluarkan “jack”.
3) Alat skrew driver.
4) Pembuka nut atau tayar.
Hendaklah pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh.Kiranya hendak membuka kedua-dua “booth” dan “bonnet”, elok juga. Ini akan menarik perhatian pemandu lain kepada kecemasan anda!

Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver.Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”.

Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.

Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan. Sebelum mula bergerak, “free” gear dahulu.

Proses penukaran tayar bocor  memang panjang-lebar. Sudah pasti  lupa satu dua langkah. Di mana terdapat perkara-perkara yang tidak di beritahu, tambah-tambah je.
Akhir kata, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali!


sorry . . ! saje je buat gempak sket tajuk entry ni..jangan naik hangin ok..HAHA.x de kene mengene lisa surihani pon dlam entry ni..maaf lisa . menggunakan nama u sekejap . aku pon nak minta maaf kepade sesape yg menuggu fasal lisa surihani ni..maaf , pagi-pagi lagi aku dah buat dosa kering kan . hehe.
P/S : semua cara-cara ni ihsan google. ak google je . aku sendiri pon x taw camne nak terangkan . hehe . jgan teruje sangat la anggap aku yg buat . haha.saye taw saye gadis badang.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

kah kah kah, betul tu perempuan tahu bawak kereta nak repair tak reti samalah macam saya ni kena belajar cara nak tukar tayar kalay rosak tengah jalan wuwuuwuww

AIN said...

hye ain !*terase sebut name sendiri *tu la kan..jom kite blajar sesame..