Tuesday, May 10, 2011

galagat adik bongsu aku

macam-macam gelagat kanak-kanak darjah 1 ...aku terfikir , begitukah aku dahulu semasa darjah 1?? haha.
semalam adik bongsu aku yang sekarang berumur 7 tahun telah diberi tugasan oleh cikgunya untuk melukis gambar keluarga . bila dia tunjukkan aku hasil lukisannya , aku memang  gelak guling-guling .




tu la lukisan yang telah dilukis oleh adik aku. (tgok yg kedua dari kiri)ade ke patut pakai tudung tapi pakai skirt ! haha..lepas aku tegor terus dia lukis aku pakai seluar.sambil lukis sambil nangis tu..
risya : akak jahat ..gelakkan orang aje ! (sambil tangan lukis seluar)
aku : (x terkate ape.ketawa x hingat dunia time tu )
kalau aku lukis orang lidi je la jadinyer.haha.aku memang fail bab melukis ni.serius.adik aku ni selalu suruh aku lukiskan orang lah ape2 la.tapi last2 die kate aku asyik lukiskan die orang lidi je.ye la .memang patotlah.aku ni memang x pandai lukis-lukis .adeh.

nak cerita sikit pasal adik bongsu aku ni . die ni baru berumur 7 tahun , tapi dia bukan macam budak-budak yang berumur 7 tahun . perangai dia agak mature.mulut tak reti diam.asyik nak bercakap.ada aje cerite yang die nak cerite.bila berkumpul hari raya di rumah nenek ak , panggilan "amoi" tu tak akan tertinggal punyer.mata sepet , muka pulak putih ,sebijik macam cina . orang yang cakap macamtu , aku pon x pasti..ahahaha(cemburu sket) semasa dia sedang berjalan di sebuah supemarket , ada seorang cina yang bercakap cina dengan adik aku ni .adik aku pon punyer la ternganga , manelah adik aku tu faham . melayu sejati la .mane faham bahase cina .balik dari supemarket tu punyer la dia sebok bercerita pasal cina tu.

No comments: