Sunday, May 15, 2011

cara - cara nak cover malu.

kalau tersepak batu
lebih baik korang jangan teros bangun , tapi korang baring & terguling - guling hingga jauh daripada pandangan orang lain . bila sudah tiada orang nampak , barulah bangun . itu baru dinamakan bijak !


kalu agak-agak korang tersepak batu camgini besarnye mmg sure kaki kaw patah.
x de kompromi la..

kalau terjatuh basikal
cepat - cepat naik basikal semula & buat - buat jatuh banyak kali supaya orang fikir kamu main- main sahaja.


owh,saye main-main je ni..adoi..

kalau jatuh tangga
terus bersifat seolah-olah kamu dirasuk pocong @ sedang berlawan dengan hantu.

kalau jatuh ketika naik bas
korang jeritlah kuat - kuat "oooiiiiii , apa tolak - tolak orang ?" padahal tak ada orang pon kat belakang korang.hehe.

kalau jatuh didepan perhentian bas
terus buat - buat pengsan sehingga ada orang yang tolong korang . kalau tak ada orang tolong , tidur je sampai malam . itulah masa yang baik untuk bangun semula .*itupon kalau korang bernasib baik x diangkut ke bilik mayat hee*

kalau jatuh kat lantai licin
tariklah kawan - kawan kamu @ sesiapa sahaja yang terdekat , biar jatuh sama- sama , tak delah korang malu sorang kan.tapi tengok orang jugak , janganlah korang tarik nenek korang .kang x pasal - pasal innalillah nenek korang tu . x ke naya . hhehe

serba sedikit yang aku nak kongsikan untuk cover malu..pasni bolehla praktik kan .


p/s:selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saye..x lupa juga pensyarah2ku..jasamu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.!

No comments: