Saturday, February 12, 2011

cinta,sayang @ minat bahagian1 1/2

sudah terlalu penat diriku berada di dalam kereta..perjalanan ke ipta baruku ini mengambil masa 3 jam dari rumah..tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas masa 3 jam itu telah bertukar menjadi 5 jam..
kebas sudah tulang belakangku kerana duduk terlalu lama di dalam kereta..

"akak,kenapa nad tengok akak ni macam cacing gatal kepanasan ni..x reti nak duduk diam..padahal air cond kereta ni masih x innalillah lagi"adikku disebelah menegurku
'amboi,sesedap rasa serbuk kari ikan cap babbas je budak ni nak mengate ak..ade ke patot cacing 'gatal' kepanasan..'ujarku di dalam hati.
"adik kesayangan akak ni memang  dah beli insuran untuk mulut tu ke??kalau belom silalah buat..takot nanti ade juga yang telan sabun TOP 5kg dekat dalam bonet kereta tu..nak??"
mama ni pon satu,4 bulan je semester ni belikan sabun bagaikan dirinya ingin tinggal di situ sehingga 7 keturunan..tapi lebih2 pula 7 keturunan..nak menggambarkan katidapatutan ibunya itu.

dengan pantas nad  menggeleng kan kepalanya.nadirah faham benar sikap kakak sepupunya nya yang seorang itu..jika mood nya baik bulan dan bintang sanggup dipetiknye..*tapi sampaike?? hehe*tetapi jika mood nya bagaikan angin kus-kus yang tersepit mahu keluar..jaganlah ditegur.alamat melentinglah jawabnya.

"kita berhenti dekat R&R Seremban ye.tengok semua dah lesu semacam je"ujar tan sri yusof.
dia memandang  anak perempuannya dan anak buahnya yang duduk di tempat duduk belakang.masing-masing tidak memberi respon.sunyi-sepi.angguk pon tidak,menggeleng pon tidak..penat sangat la tu..padahal yang memandu dia.mana taknye semuanya lena.TIDUR!!!isteri di sebelah dipandang.juga menggelengkan kepalanya.

Batrisya dan Nadirah terpisat2 menggosok mata apabila terdengar hon kereta yang agak kuat.berdesing di telinga masing-masing.
"kenapa papa..ada apek jual tilam ke..."Batrisya melihat ke arah papanya tetapi masih lagi mamai.baru terjaga dari tidur.tudung yang dipakai dibetulkan.
"sudah,jom keluar..penat dah papa dengan mama kejutkan.sedap betul kamu berdua ni tidur.ingat kereta ni bilik hotel ke??"ujar Tan sri Yusof  yang siap sedia untuk keluar dari kereta.
"lebih kurang la uncle.."jawab Nadirah dengan sengihannya.
"Kak Risya..x nak keluar ke..jom.. "ajak Nadirah.
"Sekejap,Nad tunggu akak dekat luar ye,akak nak betulkan tudung yang mak oii.. dah macam bibik endon mati laki 1 jam yang lepas.."Batrisya sebenarnya agak tekejut dengan wajahnya sendiri apabila dilihat di dalam cermin di dalam kereta itu.Nadirah hanya tersengih dengan kata2 sepupunya itu.
'ada-ada aja kakak saudara aku sorang ni'ujarnya dalam hati sambil matanya tidak beralih memandang Batrisya, berbekalkan wajah yang cantik,dengan wajah pan-asianya,matanya yang berwrna coklat hazel dan bibir yang merah semulajadi.Mata tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.Batrisya mewarisi kecantikan ibunya yang mempunyai darah kacukan melayu-perancis.Sangat cantik.tidak hairan lah batrisya dahulu menjadi kegilaan ramai disekolahnya.
"apasal pandang akak macam tak sabar-sabar nak telan..daging akak x sedap.kak tipah tertipu sebelah rumah nenda tu lagi masyuk la Nad."
"ape la akak ni..daging dia liyat la..x nak la nad,ee..lagipun nama dia kan Latipah sujurno kalamantan,sukahati aje akak panggil Tipah tertipu.."
Batrisya sudah tersengih-sengih menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi itu.
"ok la tu,komersil sikit."ujar Batrisya sambil berjalan beriringan dengan sepupunya itu.macam-macam yang mereka bualkan sambil menuju ke arah tan sri yusof dan puan sri Aishah.
"hamboi tuan puteri berdua,apa yang dibualkan sampai tersengih ke kepala nampak."tegur Tan Sri yusof apabila terlihatkat anak bongsu dan anak buahnya menarik kerusi dihadapannya untuk duduk.
"tak ada apepon papa,ni si nad ni mengajak menambah dosa mengata orang."ujar Batrisya memandang sepupunya.
"ape pulak Nad,Kak Risya pon sama uncle,auntie.."ujar Nadirah ingin membela dirinya.
"dah Nad yang bukak topik,akak cuma bagi ulasan sahaja."
"sudah.pergi order makanan,muka dah lapar masing-masing..ye la  buat  peta Malaysia baru la katakan"Tan Sri yusof menyakat kedua anak gadis itu.puan Sri Aishah tergelak mendengar usikan suaminya.

p/s:sambungan??ape terjadi di r&r seremban..tunggu..

2 comments:

zmah said...

Cinta,sayang dan minat...lain tu berhati-hati ada bezanya.

AIN said...

yes you're right..mmg berbeza...